Tingkatkan kejayaan dan kemampanan perniagaan anda dengan Rakan Strategik Korporat yang anda boleh percayai. Di KBS One, kami bukan sekadar penyedia perkhidmatan, kami juga adalah pemacu pertumbuhan operasi perniagaan anda.
Kami menyediakan penyelesaian profesional dan menyeluruh dari A-Z, termasuk setiausaha syarikat, perakaunan, percukaian, pengurusan perniagaan, zakat, latihan dan konsultasi. Dengan dibantu oleh pasukan yang berpengalaman, kami memastikan kepatuhan undang-undang anda dipenuhi, manakala operasi harian anda menjadi lebih cekap, tersusun, dan efisyen.
Kami berpegang teguh pada integriti. Biar kami uruskan kompleksiti perundangan dan kewangan, supaya anda boleh fokus kepada perkara yang paling penting iaitu mengembangkan perniagaan anda.
Untuk menjadi rakan strategik dalam memastikan urus tadbir perniagaan yang baik seterusnya memacu kejayaan dalam perniagaan.
Memberi pendidikan, nasihat dan konsultasi secara profesional kepada pemilik perniagaan serta pengarah syarikat bahawa perakaunan dan dokumentasi merupakan elemen penting dalam mengoptimumkan prestasi syarikat, dan pengurusan kewangan adalah sama pentingnya dengan aktiviti jualan.
Kami menjunjung tinggi kejujuran, etika dan ketelusan dalam setiap perkhidmatan kami.
Kami komited memberikan penyelesaian berkualiti tinggi dengan kepakaran dan tanggungjawab.
Kami percaya dalam membina kerjasama yang kukuh bersama pelanggan untuk mencapai kejayaan bersama.
Kami mengeluarkan idea dan penyelesaian baharu demi memastikan pertumbuhan mampan dan kekal relevan.
Mengenali Individu di Sebalik KBS
Diploma dalam Perakaunan (UTM) serta Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari UiTM. Beliau merupakan ahli berdaftar Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Persatuan Akauntan Cukai Malaysia (M.A.T.A).
Dengan pengetahuan yang luas dalam bidang perakaunan, setiausaha syarikat, audit, percukaian, konsultansi dan pemasaran, beliau telah menimba pengalaman berharga bersama KNS Associates (firma setiausaha & perakaunan), Zalghani & Co (firma audit), serta THC International Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Tabung Haji. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Perunding Takaful & Unit Amanah di bawah Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. dan Public Mutual Berhad, serta menjawat peranan sebagai Rakan Kongsi Bersama di firma Sahir & Co dan Azlan Nizaruddin & Partners. Secara keseluruhannya, beliau memiliki lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam industri ini termasuk kedudukan beliau sekarang.
Tuan Kamsani juga aktif dalam rangkaian perniagaan apabila menyertai Business Network International (BNI). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden Inspirasi Chapter, Klang Valley South dari Mac 2019 hingga Mac 2020, dan kini terus menyumbang kepakaran beliau sebagai Duta BNI bagi Wilayah Klang Valley South.
Peneraju Bersama Kejayaan KBS
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (UUM). Beliau merupakan ahli berdaftar Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta Persatuan Akauntan Cukai Malaysia (M.A.T.A).
Pn. Rozimah mempunyai pengalaman luas selama lebih daripada 16 tahun dalam bidang audit, perakaunan dan setiausaha syarikat. Sepanjang kerjayanya, beliau telah berkhidmat di Zalghani & Co, Wong Yen Mun & Co (firma audit), Bandaraya Development Berhad (syarikat hartanah), serta NAZA Motors Sdn. Bhd. (komersial), termasuk jawatan yang sedang disandang kini.
Pada masa ini, Pn. Rozimah memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif dan Setiausaha Syarikat di KBS One Management Sdn. Bhd., serta Rakan Pengurusan di Rozimah & Co (NF2209) (Chartered Accountants). Beliau juga memiliki Sijil Amalan (Practising Certificate – PC) daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan MIA untuk beramal sebagai Setiausaha Syarikat, Akauntan dan Konsultan Cukai.
© KBS Group 2025 All Rights Reserved.